ALOR SETAR: Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-68 bertema Malaysia Sejahtera hari ini melabuh tirai dengan meluluskan 13 usul termasuk penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat itu bertujuan mengembalikan kuasa parti-parti politik teras Melayu-Islam dalam pilihan raya berkenaan termasuk meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan situasi satu lawan satu pada PRU15.
Semasa sesi perbahasan usul itu di Kompleks Pas Kedah di sini, perwakilan Dewan Ulama Pas Pusat Roslan Md Isa berkata Pas perlu menyatukan parti-parti politik teras Melayu supaya tidak terjadi perpecahan undi.
"Strategi satu lawan satu juga diperlukan bagi mengelak pertembungan parti politik teras Melayu Islam, kita juga menolak sebarang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan dan juga khemah besar," katanya.
Ketika menyokong usul itu, perwakilan dari Taiping Mahjube Hanafi berkata kepimpinan Pas perlu mengeluarkan surat jemputan kepada pemimpin tertinggi UMNO untuk mengadakan rundingan agar sasaran satu lawan satu pada PRU15 dapat direalisasikan.
"Saya percaya undi UMNO adalah penting untuk kita wujudkan politik Melayu Islam di negara ini. Walaupun Presiden UMNO ada menyebut jangan terhegeh-hegeh nak bersama Pas tetapi kita kena lihat juga hubungan Pas dengan UMNO dalam kalangan ahli akar umbi begitu mesra umpama kepala kereta api dengan gerabak," katanya.
Turut diluluskan usul berkaitan Pas perlu menerajui gerakan Islam bagi penyatuan ummah merentasi sempadan negara dan benua yang dibahaskan oleh perwakilan Dewan Pemuda Pas Pusat Mohd Hanif Jamaluddin.
Mewakili dewan itu, Mohd Hanif berkata cadangan tersebut dikemukakan susulan krisis dan cabaran dunia politik semasa yang semakin hebat sejak kebelakangan ini dan pelantikan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah seharusnya dimanfaatkan.
Kedua-dua usul diluluskan bersama lima usul lain yang dibahaskan pada muktamar itu manakala enam lagi diterima tanpa dibahaskan.
Antaranya (usul yang diterima tanpa dibahas) mewujudkan akta mengawal tindakan provokasi biadap terhadap agama dan membentuk Jawatankuasa Khas Pas Pusat untuk memantau tugas Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu.
Muktamar ditangguhkan ke suatu tarikh pada tahun depan yang akan ditetapkan kelak dan Kelantan dipilih sebagai tuan rumah bagi muktamar seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Presiden Parti Islam SeMalaysia (Pas) Tan Sri Abdul Hadi Awang (tengah) bersama Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin serta barisan pimpinan Pas bergambar pada Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Kompleks PAS Kedah malam ini. - Foto BERNAMA
Persediaan sambut jemaah pertama Malaysia di Madinah
Pelbagai program diatur untuk kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang akan tiba di Madinah pada 9 Mei ini. Antaranya ditempatkan di tiga buah hotel mengikut zon selain rancangan untuk ziarah luar di beberapa lokasi terpilih.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Abdul Hadi kekal Presiden Pas
Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.
'Sanusi memang cerdik', Mursyidul Am Pas puji Menteri Besar Kedah
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegur dan meminta Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar menjaga percakapan.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ahli Pas tidak pernah diajar minta bayaran, habuan - Ketua Pemuda Pas
Ahli Pas tidak pernah diajar meminta bayaran atau mendapat habuan daripada perjuangan.
Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi
Katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh memberikan kelebihan kepada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.
Nahas Muslimat Pas: Ibu bangga Nurul Najihah berbakti sehingga akhir hayat
Mashitah Shafie reda terima pemergian anak sulung dalam nahas jalan raya ketika sedang membantu mangsa kemalangan lain.
Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim bagi memberi keterangan.
Tiga ahli Muslimat Pas maut nahas dalam perjalanan pulang dari muktamar
Tiga ahli Muslimat Pas yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Muktamar Pas meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Tanjung Malim.
Tun Mahathir calon PRK Kemaman? Tidak, kata Abdul Hadi
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata Pas masih dalam perbincangan untuk memuktamadkan calon bagi PRK Kemaman.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.